Pinky Design Pointer
Photobucket

blogger yang aku selalu usha!

Thursday, August 23, 2012

Coklat kek Moist Cik Jiebah~~

Assalamualaikum w.b.t

melayan karenah anak-anak buah!~

Minggu nie memang minggu yang memenatkan blogger.uishh mak aihh makin hari makin ramai kot yang datang berayer..haha udah2 ler..ponat den nie ha..hehhe jahat nye blogger astaghfirullahalazim..hahahha nie ha..hari nie ya Allah memang letih giler kot..layan budak-budak nie ha,nak buat kek nak buat kek.hishhh sakit daa telinge Che De nie ha..Mule-mule ajak wat biskut rayer,hehe che de da cancel pasal malas ler nk melayan sangat,sebab kompem nanti mase time wat biskut rayer mesti ade jer banyak tangan yang duk pegang tuh nak buat hitu hini la..hishhhh dah berhari-hri,,che de nie pon ade jugak perikemanusiaan so jadilah





kek coklat moist

hehehe best giler kot...moist sangat sangat.mudah jer nak buat kek coklat moist nie..mh sinie nak kabo

bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan air suam
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 minyak masak
1 sudu esen vanilla
1 cawan serbuk koko
3 biji telur


bahan yang perlu diayak
ayak tepung gandum,serbuk koko,serbuk penaik ngan serbuk soda bikarbonat

cara nak buat topingnya!~
1/2 bar coklat masakan
2 sudu mentega
1 sudu gula halus
wajib dimasak dengan kaedah double boiler okay:)


cara nak buat kek:)
sementare tuh panaskan air kukusan tuh dulu.
pukul telur ngan gula  sehingga kembang.pastu korang boleh la tmbah bahan-bahan yang telah diayak itu tadie.then korang msukkan esen vanilla ,susu pekat manis dan jugk minyak..jangan over mix.time nnie korang just buat teknik kaup jer..
then,letak dalam alat pengukus tunggu dalam mase 1 jam ataupn 1 jam 30 minit.

heheh



huishhhhh bessttt niee....moist sangat...



selamat mencube yer....
GOODLUCK

Wednesday, August 22, 2012

Eid al mabarak

Assalamualaikum w.b.t.


salam aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia....Alhamdulillah kite patut bersyukur pasal kiter kat malaysia nie dapat sambut hari kemenangan umat Islam dengan aman jer..tapi vice versa dengan umat-umat Islam kat negra lain yang mane terpakse berdepan dengan pelbagai ujian..Contoh terdekat macam baru-baru nie di Myammar.Etnik Rakhine Budha di Myammar berusaha menghapuskn Etnik Islam Rohingya.Diorang bakar rumah-rumah penduduk Islam pada waktu malam..Ade jugak penduduk ISlam yang dibakar dibunuh secare hidup2..Laknatullah kafir ! same-same kiter doakan kepada umat Islam yang menderita supaya Allah cukupkan bagi mereka dan cukupkan juge bagi kite...amin
Kemenangan itu sentiase bersame dengan Umat Islam...

Ape-ape pn...blogger nak ucap selamat hari rayer la..hahah rasenye cam dah almost semnggu dah kot hari rayer nie..baru nak ucap selamat hari rayer.




eid almubarak dari blogger dan jugak famili

Tuesday, August 14, 2012

INGIN MENJADI JUTAWANNNN!!!! INI DIA TIP TIPS nya...

Jutawan dunia Atau Akhirat....


Semua ganjaran pahala Tasbih,Tahmid,Tahlil,Takbir,memerintahkan dan menegakkan kebanran dan mencegah kemungkaran menyamai dengan dua rakaat solat Dhuha




Antara solat sunat yang tidak mengikuti solat fardu ialah solat sunat Dhuha.Solat sunat Dhuha termasuk Sunat Muakkad.Rasulullah s.a.w. sendiri sering melalukan solat Dhuha dan Baginda amat menyarankan dan menggalakkan umat manusia supaya melalukannya  serta menjelaskan keutamaannya.





Diriwayatkan oleh Abu Hurairah :"kekasihku ( Nabi Muhammad s.a.w.) berwasiat kepadaku tiga haldan aku sama sekali tidak meninggalkan ketiga-tiga hal itu;pertama,sebelum tidur aku akan melakukan solat sunat witir.Kedua,aku tidak pernah meniggalkan solat Dhuha,kerana solat dhuha adalah solat orang yang bertaubat.ketiga,puasa tiga hari pada setiap bulan."(riwayat Bukhari)


Sedikit Yang berkualiti lebeih baik daripada kuantiti yang banyak..Mulakan dengan dua solat sunat dhuha dua rakaat itu dan istiqamah...




Buktikan Cinta Dan Rindu Anda Dan Jangan Sia-siakan



         
               Setiap orang yang menyintai seseorang,ia meemerlukan bukti cinta dan rindu kepada yang yang tercintanya itu.Demikian dengan kecintaan kita kepada Allah dan juga Rasul-Nya,perlu ia dibuktikan dengan sikap dan perbuatan kita taua pengorbanan dengan jiwa dan raga.


Rasulullah s.a.w.bersabda:

"Cintailah Allah,kerana Allah memberi penghidupan kepadamu dengan pelbagai kenikmatan -Nya kepadamu.Dan cintailah Aku kerana  Allah mencintaiku"
(riwayat Tirmizi dari Ibnu Abbas r.a)

Menurut Imam al Ghazali dalam Ehya'ulumuddin, bahawa mencintai Allah dan Rasul-Nya adalah Wajib(fardu). Mungkin timbul perasaan di kotak fikiran anda ,bagaimana perkara (perasaan) yang tidak wujud pada zahirnya seperti fizikal ia diwajibkan?
Jawapan nya mudah:cinta itu ditafsirkan denga kepatuhan dana kepatuhan akan menyusul setelah adanya cinta, cinta ialah pokok yang mendatangkan perasaan taat dan patuh,kepatuhan ialah buah daripada perasaan cinta.Bila ada benih cinta,kemudiaan barulah diikuti dengan mematuhi terhadap yang dicintai.Cinta itu mempunyai tindak balas.




firman Allah:


same-same kita mengejar mardhotillah...sesungguhnya pencarian redha itu adlah sesuatu pencarian yang akan berakhir dengan sesuatu yang jauh lebih indah
Wallahua'lam.....

Monday, August 13, 2012

"Sweet"nya allah pada kita...

copy :iluvislam/fatimah syarha..
blogger minta maaf kepada pihak yang berwajib...sekadar ingin berkongsi..


Kaji Sebelum Caci
Tatkala senyum, dileteri, senyummu terlebih gula.
Tatkala masam, diumpat, wajahmu tidak ceria.
Tatkala ke media, dituduh, sengaja mencari pujian. Gila glamor. Hendak menunjuk cantik.
Tatkala di rumah, dituduh tersepit. Terkongkong. Tidak pedulikan keperluan masyarakat.
Payahnya melangkah sebagai manusia, jika ingin memenuhi kepuasan semua orang. Relatif dan pelbagai. Kata pepatah Arab, kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil boleh dicapai.
Nabi memujuk, "Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya." (Hadis Riwayat Bukhari, al-Tirmizi dan Ahmad, sahih)
Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu dengan sikap manusia yang suka tergesa-gesa menghukum.
Kita tidak perlu membalas sikap keras mereka dengan kekerasan yang sama. Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum.
Nabi sungguh hebat memotivasikan kita, "Bertakwalah kepada Allah di mana jua kamu berada. Ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kamu sesama manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad dan lain-lain).
Kami berterima-kasih kepadaMu, ya Allah kerana menghadirkan para ulama pewaris Nabi yang istiqamah menerangkan manhaj hidup yang mudah lagi memudahkan. Bukan bermudah-mudah. Bukan pula memayah-mayahkan. Dengan kejernihan fikrah mereka, kami tenang melangkah.
Apabila Manusia Tidak Faham Perbezaan Fiqih, Timbullah Label dan Umpatan
Ramai remaja mengadu kepada saya dengan 1001 dilema dan cerita.
"Saya ditengking oleh abang saya kerana memakai baju berwarna 'pink'. Katanya, haram wanita berbaju warna terang. Saya cuma mahukan warna itu untuk membangkitkan 'mood' ceria saya tanpa niat menggoda sesiapa. "
"Saya dilabel 'tabarruj' kerana memakai tudung pashmina, dan shawl. Padahal ianya sudahpun menutup aurat."
"Saya digelar 'si punuk unta' kerana sanggul saya. Buruk. Mangsa fesyen. Mereka tidak faham saya bersanggul bukan kerana fesyen atau hendak menunjuk. Sesetengah wanita berambut panjang perlu bersanggul agar tidak pening kepala. Seperti mana wanita lepas bersalin mesti bersanggul kemas demi kesihatannya."
"Saya dituduh mengikut arus hanya kerana tudung 'instant' saya. Padahal, saya cuma mahu jimatkan masa daripada 'iron' dan ingin cepat bersiap."
"(Punggung) saya besar. Orang tuduh saya miang. Sebab saya jalan melenggang-lenggok. Itu bukan kesengajaan saya. Adilkah saya dilabel begitu?"
"Suara saya merdu dan lunak. Adakah saya perlu bisukan suara di dunia ini? Sudah tentu saya terseksa dan sakit tekak jika perlu meniru-niru suara kasar seperti lelaki. Bukankah cara komunikasi setiap orang mempunyai keasliannya yang tersendiri? Salahkah saya menjadi diri sendiri?"
"Ramai orang berkata saya berwajah cantik. Jika ada lelaki tergoda, (adakah) dia yang perlu menundukkan pandangan atau saya yang wajib berpurdah? Purdah bagi saya menyulitkan urusan saya, mungkin ia tidak bagi orang lain. Tidakkah Islam memberi 'rukhsah' kepada kesulitan saya?"
"Saya lelaki yang dilahirkan lembut sejak kecil. Orang menuduh saya menyerupai wanita. Bukankah Allah tidak menghukum hambaNya sesuatu yang di luar kuasanya?"
Sabarlah remajaku sayang atas ketergesaan label-label manusia.
Tenangkan Hatimu dengan Ilmu dan Hujah, Bukan 'Rasa-Rasa'
Dalam menghadapi kemelut ini, menjadi keperluan kita untuk mencari ilmu dan hujah daripada sumber-sumber yang sahih. Ia akan memberi ketenangan hati. Jika kita salah, kita kena bersedia untuk betulkan diri. Jika kita tidak salah, kenapa kita perlu menyeksa diri untuk cuba memenuhi kepuasan mereka?
Rujuklah para ulama dan buku-buku besar mereka. Kenal pasti mana isu 'khilaf' dan mana isu yang disepakati. Kita akan terus bercakaran sesama sendiri apabila melayani perkara 'khilaf' sama seperti melayani perkara yang disepakati. Tingkat toleransi akan menjadi tinggi apabila kita mengkaji perbezaan dan memahaminya.
Kita juga perlu kenal mana 'prinsip' untuk kita teguh dan istiqamah. Mana pula 'perlaksanaan' yang Islam benarkan kita fleksibel. Thabat (teguh) dan murunah (fleksibel) adalah watak-watak Islam. Luaskan ufuk minda, jangan kita sempitkan.
Firman Allah SWT:
"...Allah mahukan kemudahan bagimu dan Allah tidak mahukan kesusahan bagimu..."
(Surah al-Baqarah, ayat 185)
Nikmatilah 'kemudahan' memilih apa yang baik selagi masih dalam batasan tanpa perlu terikat dengan 'kesukaan' orang yang pelbagai. Jika mereka tetap ingin melabel dan mengumpat, tersenyumlah.
Sedih itu fitrah tapi usah bersedih-sedih. Di akhirat nanti, kita perlukan mereka untuk memikul dosa kita. Kita juga boleh mengikis pahala mereka. Indah, bukan? Moga Allah sudi ampunkan kita dan mereka.